Kebanyakannyaikut resepi puan azie. Resepi rendang sedap giler / rendang daging sedap giler azie kitchen / antaranya, rendang ayam, rendang daging, rendang udang atau ketam. Senin, 06 september 2021 tambah komentar edit. Che nom rendang ayam ~ resipi rendang ayam sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Butter chicken sedap dan mudah; 1ekor Ikan Merah disiang, dicuci dan dipotong ikut suka. 3 biji bawang merah - hiris. 2 biji bawang putih - hiris. ½ inci halia - hiris kasar. 1 batang kulit kayu manis. 2 bunga lawang. 1 biji ubi kentang - dipotong kasar, optional. 1 batang karot - dibuang kulit, hiris nipis ikut suka. 1 sudu lada hitam - tumbuk kasar. ResepiAyam Gulai Kuning Lezat | Resepi Simpel. Resepi Simpel - Hasil pencarian untuk ayam gulai kuning. 89 resep masakan rumahan yang mudah dan enak. Lihat juga resep Ayam Gulai Kuning No Santan enak lainnya! Dengan memakai Cookpad, kamu menyetujui Kebijakan Cookie dan Ketentuan Pemakaian . resepi ayam masak lemak kuning blog farah sanusi 1inci halia, ½ inci lengkuas (optional), 5 tangkai cili kering rebus dan buang biji, 1 cawan air (cawan besar 250 ml). (Blend kesemua bahan di atas). 1 keping asam keping saiz sederhana, 4 sudu besar gula (tidak manis sangat pun tidak perlu risau banyak gula). 1 sudu garam atau kiub ayam ikut citarasa sendiri. Resipisardin goreng sambal sedap orang bujang loving care. Resipi sardin goreng sambal sedap orang bujang loving care. Sambal ikan sardin dengan petai yang sedap azie kitchen. Selain daripada ayam goreng panas dan sambal ikan bilis, . Jadi jom tengok cara saya menyediakan sambal sardin di bawah ini. Sambal tumis ikan sardin mackerel. Siapasuka makan yong taufu. Hot thai kitchen s1 e203 agar jelly fruit cake recipe เคก. Terima kasih pada azie kerana sudi berkongsi resepi. Kuah yong tau fu resepi asal. Resepi makaroni bakar azie kitchen resepi makaroni. X mau ambik resepix makan pun sos yong tau fu. Resepinya uj intai dari dapur sifu kita iaitu azie kitchen di sinicantik. epOe. 6/24/2018 Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang ayam, mee hoon, kuih bakar dan agar agar kemenyan untuk berbuka puasa. Rendang Pedas Perak, bisik Zatul, yang kebetulan duduk bersebelahan saya. Menelan nelan air liur melihat Zatul dan tetamu lain makan. Setelah merasa rendangnya waktu berbuka puasa, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membeli bahan bahan untuk dimasak rendang dan lain lain juadah raya. Saya akan turut sama menghiris bahan bahan yang digunakan untuk masakan rendang. Semua bahan dihiris kecuali cili kering, lengkuas dan kunyit hidup. Memang agak remeh dan memakan masa. Saya jenis yang tidak tahan panas. Jadi suami akan cari kipas angin dan dipasang ke arah saya yang berpeluh peluh kepanasan. Saya selalu terfikir kenapa perlu dihiris, kenapa tidak dikisar sahaja. Tapi ketika itu, saya tidak berani bertanya. Hanya mengikut sahaja apa yang disuruh. Setelah semuanya siap dihiris, dimasukkan ke dalam kuali besar, barulah api dinyalakan. Dapur gas diletak dilantai bagi memudahkan untuk selalu dikacau. Ketika itu, saya tidak pula memerhatikan sukatan bahan bahannya kerana ianya dimasukkan ala campak campak sahaja. Bayangkan ketika berbuka puasa, kami akan makan rendang yang telah dimasak dari pagi itu secara beramai ramai dengan duduk bersila di lantai. Rendangnya agak berbeza kerana ianya kering dan berserdak kerana penggunaan kelapa parut yang digoreng. Jadi rendangnya memang sedap dicicah dengan lemang. Memang lain dengan rendang biasa yang kita temui di kedai kedai yang dimasak untuk dimakan dengan nasi campur. Ianya berwarna kemerahan dan kering, tidak berminyak minyak. Lagi lama dipanaskan akan lagi kering dan sedap. Cuma pastikan api kecil dan dibiarkan rendang lama lama sehingga kering dan tidak lagi kelihatan basah. Hari ini saya tidak menghiris bawang kerana saya merasmikan penggunaan blender Phillips yang saya beli semalam. Ianya boleh mengisar bawang tanpa menggunakan air. Bahan lain semua dihiris halus mengikut cara Bonda Mertua. Jom layan resepi yang saya salin berdasarkan sukatan yang biasa saya guna dalam menyediakan rendang, cuma kaedah penyediaannya sahaja mengikut cara arwah Bonda Mertua. Maklum dia memasak dalam jumlah yang banyak dalam 4-5 ekor ayam sekali masak. Jangan lupa video penyediaannya ada di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua 2 ekor ayam - dipotong 14 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa 15 - 20 tangkai cili kering - saya guna 8-9 sudu besar cili kisar Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam. Last updated Jul 18, 2021 Hari ini saya nak kongsi resepi rendang ayam yang sedap. Masakan istimewa ini, aroma kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis. Resipi rendang ini sangat mudah dan sedap. Menu ini cukup popular dan disajikan pada hari raya. Jika teringat pada kampung halaman pada musim perayaan ini, anda boleh cuba resepi ini. Lagipun menu rendang ayam ini antara masakan wajib. Sesuai dimakan dengan nasi putih, lemang, ketupat mahupun roti. Jika dijadikan lauk roti jala pun sedap! Resepi Rendang Ayam Pedas versi Perak Azie Kitchen Bahan-bahan 2 ekor ayam – dipotong 14 1 kg santan segar 1 biji kelapa parut 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 keping asam keping 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa Bahan Kisar 15 – 20 tangkai cili kering – saya guna 8-9 sudu besar cili kisar 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup Bahan Hiris 8 batang serai 2 inci halia 20 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 2 helai daun kunyit Cara-cara Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Nota Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam. Resepi Rendang Ayam Cili Padi Nogori Azie Kitchen Rendang Ayam Cili Padi Nogori Sumber Azie Kitchen Bahan-bahan 1 ekor ayam 1 – 1 1/2 kotak santan kotak 2 – 4 batang serai – ketuk 2 sudu besar cili kering kisar – opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan 1 keping asam keping 4 keping daun limau purut – opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja 1 sudu besar kerisik Garam Gula Sedikit serbuk kunyit – jika perlu Minyak untuk menumis Bahan Kisar 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 7-10 tangkai cili padi kampung – boleh tambah 4 hirisan nipis lengkuas Cara-cara Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati. Resepi Rendang Ayam Johor Rendang Ayam Johor Sumber Resepi Sedap Bahan-bahan 1 ekor ayam, potong , bersihkan dan toskan 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 2/3 cawan kerisik ½ cawan rempah kari daging 4 helai daun kunyit koyakkan 2 helai daun limau purut koyakkan 1 sudu besar pati ayam ½ sudu besar gula 4 keping asam keping garam secukup rasa Bahan Tumis 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 batang serai titik sedikit minyak Bahan Kisar 12 batang lada kering rendam air hangat 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 ½ inchi kunyit hidup 1 ½ inchi halia dihiris 1 inchi lengkuas dihiris 4 batang serai dihiris Cara-cara Panaskan minyak, kemudian masukan bahan tumisan, tumis hingga naik bau Kemudian masukkan bahan kisar dengan rempah kari sekali. Masakkan sampai pecah minyak rempah itu. Masukkan ayam, separuh daun kunyit dan santan cair, kacau rata. Jika ayam nampak masak dan kuah makin kering masukkan pula santan pekat, pati ayam, gula, asam keping, garam dan kerisek. Kacau rata. Pelahankan api, akhir sekali masukkan daun limau purut dan baki daun kunyit tadi. Kacau rata dan biarkan kering sedikit. Matikan api dan hidangkan. Resepi Rendang Ayam Utara Rendang Ayam Utara Sumber Masak Ala-ala Chef Bahan-bahan 1 kg ayam, potong ikut selera anda 3 sudu besar kerisik 2 senduk minyak, untuk menumis 2 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar 2 keping asam keping 2 sudu besar sos tiram Bahan Kisar 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 biji bawang besar 2 cm kunyit hidup 2 inci lengkuas 2 inci halia 2 batang serai, hiris nipis 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus Cara-cara Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah. Nota Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak. Resepi Rendang Ayam Gula Melaka Rendang Ayam Gula Melaka Sumber Bella Jamal Bahan A 2 ekor ayam 2 kotak santan kotak kecil 1 paket kerisik 1 ketul gula melaka/gula merah dihancur 3 batang serai dititik 3 helai daun kunyit 2 asam keping Daun limau purut Bahan B bahan kisar 2 genggam cili kering 5 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup Cara-cara Rebus cili kering sampai layu. Masukkan sedikit minyak untuk senang cili korang hancur. Minyak tu agak-agak lah dengan cili yang nak dikisar. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau rata. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, daun limau purut dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Confirm sedap kalau korang cuba buat. Selamat memasak! Resepi Rendang Ayam Tok Rendang Ayam Tok Sumber Resepi Sedap Bahan-bahan ½ ekor ayam fresh dipotong 4-5 dan dicuci bersih 250 ml santan pekat ½ cawan air 4 helai daun limau purut dicarik 2 paket kecil kerisik 2 lembar daun kunyit dihiris tipis 1 keping asam keping 1 ½ sudu besar gula pasir 1 ½ senduk minyak untuk masak Perasa secukup rasa Garam secukup rasa Bahan Kisar Halus Panaskan minyak secukupnya dikuali dan tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak. Seterusnya masukkan asam keping dan gula. Tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan kerisik, daun limau purut serta santan dan air. Pastikan selalu dikacau bagi elakkan santan daripada pecah minyak. Biarkan santan mendidih, barulah dimasukkan ayam yang dipotong tadi. Masak dengan api kecil selama 30 minit supaya ayam mula empuk, seterusnya sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perasa. Taburkan hirisan daun kunyit. Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasanya. Angkat dan sajikan. Resepi Rendang Ayam versi Melaka Rendang Ayam versi Melaka Sumber Diina Ardina Bahan-bahan 2 ekor ayam Santan – 2 biji kelapa Kerisek Daun kunyit Daun lumau purut Bahan Kisar Bawang merah Bawang putih Halia Serai Kunyit hidup Lengkuas Cili kisar Cara-cara Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan cili. Kacau dan pastikan betul-betul garing. Masukkan ayam. Kacau. Masukkan santan. Tunggu dan kacau sekali sekala hingga pekat. Jangan gunakan santan yang terlalu cair-lama kena tunggu nanti. Ayam pun hancur. Masukkan perasa dan kerisik. Masukkan daun limau purut. Bila hampir kering, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Siap! Sesuai dimakan dengan ketupat untuk hari raya. Penutup Ditambah dengan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, pastinya menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini. Daun kunyit merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama dimusim perayaan orang Islam pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji. Daun kunyit dan daun limau ini, menaikkan aroma keenakan rendang ayam. Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Sajian bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan yang menggunakan santan menjadikannya lebih enak dan ya! Anda boleh cuba Resepi Ayam Masak Kuzi ini. Jika inginkan masakan ringkas anda boleh cuba Resepi Singgang Ikan ini. Jom cuba resepi ini 5 Resepi Popia Nestum Sedap Dan Rangup 10 Resipi Kuih Tradisional Yang Best 24 Resepi Durian Sedap Dan Mudah Penggemar Raja Buah Wajib Cuba! 19 Resepi Cucur Sedap Dan Rangup Cukup Senang Nak Goreng Bila Lapar 5/09/2019 Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pada hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yang di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pada Allah tapi juga pada manusia. Peluang sama diberi pada mereka yang mendapat Haji yang mabrur. Selain itu, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sentiasa beristighfar samada dalam hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali. Peluang kedua yang dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pada aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. Peluang ketiga yang mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dalam Ramadhan yang boleh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik untuk beristighfar. Rugi siapa yang tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dalam sahur ada keberkatan. Apa yang dikatakan berkat. Benda sikit tapi boleh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. Amalan Ramadhan yang dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dalam bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dari bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala. Peluang lain ialah memberi makan orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. Peluang seterusnya yang selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dengan tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu tahun nilai ibadah bagi setiap langkah. Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dalam kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak untuk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dalam jumlah yang banyak contoh untuk majlis atau untuk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Boleh tengok di SINI. Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yang saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka makan nasi yang berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dengan nasi putih telah cukup untuk membangkitkan selera terutama waktu sahur. Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan. Ianya tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai samada dengan nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 3-4 sudu besar cili kering kisar 1 helai daun kunyit - hiris Sebahagian dari bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dengan bahan kisar. Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin. Sebelum masuk bab resepi, jom kita cerita cerita dulu. Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yang cantik. Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi. Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yang putih melepak dan cantik cantik. Ianya menyebabkan saya sentiasa merasa rendah diri bila melihat kawan kawan yang menpunyai kulit muka yang gebu dan halus mulus. Sedang kulit muka saya menpunyai freckles atau dipanggil sebagai jeragat. Ketika di tingkatan satu saya pernah membuat pembelian online ubat untuk jeragat berdasarkan iklan di majalah. Banyak lagi kekurangan fizikal diri yang saya amat sedari. Sehingga kini, saya terpegun bila melihat ramai anak anak gadis yang cantik cantik. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi juga tubuh badan yang langsing dan ramping. Dalam hati sentiasa berkata betapa beruntungnya mereka, tanpa perlu menjaga muka pun, sebiji jerawat pun tidak singgah. Hahaha cukuplah setakat ini dahulu. Sekarang kita pindah pula ke bab masakan. Bila musim perayaan, Rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yang wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yang dicicah dengan ketupat atau rendang. Sebelum ini viral di facebook pasal rendang saya yang dinamakan rendang Perak kerana kononnya tak sama dengan resepi nenek moyang mereka di Perak. Memasak adalah satu perkara seni. Kita perlu memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Baru lah apa yang dimasak akan menjadi sedap. Memasak juga perlukan kreativiti terutama mereka yang tidak menpunyai banyak masa. Saya hanya memasak selepas balik pejabat atau hanya pada hari minggu. Jadi saya banyak memasak mengikut gerak hati bagi menjimatkan masa di dapur tanpa kompromi dari segi keenakannya. Memang rendang asli tidak ditumis tapi tak salah jika saya mahu menumis. Kerana dengan menumis rendang menjadi tahan lama dan masa memasak juga dijimatkan. Begitu juga, tidak salah untuk membuat perubahan yang menghasilkan lauk pauk yang lebih sedap seperti ayam dimasukkan selepas bahan tumis garing dan dikecutkan dulu atau ayam dicelur supaya rendang tahan lebih lama. Resepi saya belajar dari keluarga mertua, bahan dihiris dan ada yang dikisar kemudian dimasukkan semua sekali ke dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana. Tapi saya perhatikan, bila petang rendang dah mula lain. Ayam pun hancur sebab kesan dikacau. Jadi bagi mereka yang setia dengan rendang asli nenek moyang, jangan nak mengecam orang yang membuat perubahan. Anda sendiri tak memerah santan kelapa. Tapi mungkin membeli santan siap diperah yang mungkin bercampur tepung atau hanya menggunakan santan kotak sahaja. Itu pun kiranya dah tak lagi asli. Saya wanita berkerjaya, masa saya terhad. Saya tidak boleh terlalu lama di dapur kerana saya perlu masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri samada untuk mengaji, membaca buku dsb. Begitu juga cara asli membuat kerisik ialah dengan menggoreng kelapa parut tanpa minyak. Kalau guna kerisik segera, itu dah tak asli. Zaman nenek moyang tak ada kerisik segera kan. Tapi dari menghabiskan masa 30 minit menggoreng kelapa, kita boleh bakar kelapa parut di dalam oven sahaja. Atau jika tak ada masa, guna jer kerisik segera. Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya telah memasak berkali kali, boleh klik di SINI. Kali ini saya lebihkan bawang yang dihiris kerana mahukan ayam yang banyak serdaknya supaya sedap dicicah dengan pulut kuning atau lemang. Saya juga sukakan rasa daun kunyit yang ditabur sebelum rendang diangkat dari dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. Jom layan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali. Untuk resepi pulut kuning, boleh klik di SINI. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ½ ekor ayam - potong 12 2 kotak santan kotak - saiz kecil 2 sudu besar kerisik - buat sendiri 1 sudu besar garam atau secukup rasa 1-2 keping asam keping - bergantung saiz Serbuk perasa Bahan hiris 10 - 12 ulas bawang merah 2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus 2 senduk cili kering kisar - boleh tambah ikut pedas disukai 4 tangkai cili padi, jika suka pedas - opsyenal 2 - 2 1/2 biji bawang besar Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak. Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik dan sedikit serbuk perasa. Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api. Nota Cara mudah buat kerisik ialah dengan membakar di dalam oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. Jika suka, boleh juga dihiris halus halia dan separuh dari serai. Ini adalah cara arwah Bonda mertua saya.

resepi rendang ayam sedap azie kitchen